You guys like this blog ?

Thursday, 8 March 2012

Pada era pembagunan negara kini, kita sering terbaca di dada akhbar mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat kita
yang sering menjadi isu polemik dalam kalangan media massa yang meniti dari bibir ke bibir.Mengapakah hal ini boleh menular dalam kalanganmasyarakat kita? 
Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku ada puncanya. Hal ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya.
Tapi sebelum itu,apakah itu dadah?dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih,
gangguan tingkahlaku dan sebagainya.Terdapat pelbagai langka langkah efektif membanteras dadah.

ibu bapa adalah sumber utama yang paing penting dalam membanteras dadah iaitu dengan mendidik anak mereka tentang isu isu bahayanya dadah .
Ibu bapa hendaklah mendidik cahaya matamereka sejak kecil lagi mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh,
apabila merekadewasa kelak, sudah tentu mereka pintar untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah kita jadi seperti ketam yang mengajar 
anak mereka berjalan lurus, sedangkan dia sendiri yang berjalan senget.Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dadah.
Oleh hal demikian.tegaslah bahawa ibu bapa juga berperanan dalam membendung isu dadah.

selain itu.Kita sepatutnyaberterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telalh membantu mencegah penagihan dadah. Tamsilnya,Karnival 6
Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis dadah utama iaitu ganja,syabu,
heroin,morfin,opium dan kodein. Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha membantu mencegah penagihan dadah dengan melakukan pelbagai 
aktivitibergiat secara aktif dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah dadah pada tahun 2015. Tanggal 19 Februari pada 
setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah 
akan bahana dadah di samping memberi peringatan kepada masyarakat.  Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan lagi undang-undang sedia ada seperti 
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun1952. Dengan cara itu,masyarakat akan takut untuk terlibat daalm gejala dadah dan sekaligus mengurangkan
jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.Di samping itu, penalti yang lebih berat yang dicadangkan sebagai 'deterrent' yang lebih berkesan 
dalam Rang Undang-Undang berkenaan melibatkan pengwujudan atau penambahan hukuman sebat mandatori, hukuman penjara atau hukuman denda.
Walau bagaimanapun, penekanan adalah diberi kepada hukuman sebat sebagai alat 'deterrent' yang nyata lebih berkesan. Penalti penjara dan denda dicadang 
untuk ditingkatkan cuma bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan jenis dadah-dadah yang tertentu di mana penalti sekarang didapati terlalu ringan dan tidak 
seragam dengan penalti-penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan lain yang sama serius.

sejajar itu,pihak sekolah juga perlu bertindak untuk membasmi dadah dikalangan murid murid iaitu dengan mengadakan minggu anti dadah .sebagai  contoh , pihak sekolah mengadakan ceramah tentang keburukan dadah dan kesan kesannya terhadap individu yang mengambil dadah .Melalui cara ini
, murid-murid dapat menghindarkandiri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka
Oleh hal yangsedemikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting bagimengatasi masalah ini yang boleh menjejaskan imej sesebuah sekolah.

Tambahan pula,Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan perasaan. 
Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka untuk menyelesaikan masalah. 
Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah. 
Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ),54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang 
individu perlulah bijak memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang  cuba untuk merobohkan jati diri mereka. Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada TUHAN dapat membantu meningkatkan jati diri. Oleh hal 
yang demikian,seseorang individu itu perlulah bijak memilih rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah 
penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat 
dengan gejala dadah baru hendak menyesal.


Dalam nada yang berbeza, pihak media massa juga dapat menjauhimurid-murid daripada penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, pihak mediamassa 
boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafankepada murid-murid supaya tidak melibatkan diri mereka dalam penyalahgunaan dadah dan 
dijadikan iktibar dalam kehidupan harianmereka. Hal ini kerana, yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Sudah terang lagi bersuluh, 
peranan pihak media massa juga turut membantu dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dikalangan murid-murid.
Natijahnya.semua pihak yag bertaggungjawab jganlah membutakan mata,mentulikan telinga ,membisukan mulut dan memparalisikan badan terhadap isu begini malah
mereka perlulah berganding bahu bagi mengambil langkah langkah ynag efektif bagi membanteras dadah supaya dapat melahirka modal insan kelas pertama kelak.
Hal ini kerana, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Melalui cara ini, kita dapat merialisasikan impian Perdana Menteri kitauntuk menjadikan Malaysia sebuah 
negara yang maju berdiri gah dipersadadunia selaras dengan gagasan satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.Dengan ini,marilah katakan 
TIDAK kepada dadah !

No comments:

Post a Comment