You guys like this blog ?

Wednesday, 21 March 2012

Usaha menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada semua peringkat sekolah seperti kenyataan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Memperkasa bahasa Inggeris
pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat 
menguasainya dengan baik.


Antara sebab kita perlu memartabatkan bahsa melayu ialah lambang jati diri kita sebagai rakya malaysia.Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, 
bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 
Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai
bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. 
Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai
perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.elain daripada itu.bahasa
melayu juga berperanan.Seterusnya, Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya.  Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. 

Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, 
bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.Sejajar itu.bahsa inggeris juga jangan lupa kita
perkukuhkan, kerana bahasa inggeris amat penting kerana bahasa inggeris ialah satu bahasa oerantaraan yang digunakan seluruh dunia.selain daripada itu.bahasa inggeris
juga boleh melambangkan status seseorang individu kerana jika individu yang boleh memahami da bercakap dengan lancar daam bahasa inggeris dianggap sebagai seorang
kelas pertama.Oleh itu tegaslah bahawa bahasa inggeris amat penting pada masa kini kerana bahasa amat berguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan 
orang luar dan secara tida langsung dengan ini kita dapat meningkatkan lagi modal insan yang berguna 

Persoalannya lagkah lagkah untuk memartabatkan bahasa melayu dan bahasa inggeris?caranya ialah dengan menggalakkan murid bertutur dalam bahasa inggeris da bahsa melayu
,dengan cara ini dapat memperlancarkan lagi pertuturan kerana apabila mereka bertutur dengan orang sekeliling mereka secara tidak lagsung mereka dapatbelajar bahasa baru
malah mereka akan dapat mengenali lebih rapat dengan masyarakat diluar sana .sehubungan itu,cara paling efektif ialah dengan memahami maksud yang terdapat pada lirik lagu kerana
pada abad kemodena ini lagu telah menjadi hibura utama.oleh itu jika kita tida dapat memahami maksud yag tersirat pada lirik tersebut,kita boleh mencarinya didalam kamus.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam 
memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa 
dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan,  insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. 
Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat 
membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Malaysia 
serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. 
Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam
memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa 
Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu di¬terapkan melalui pendidikan
bahasa.selain daripada itu. kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah  kamus yang lebih komprehensif akan
turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan
pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang
bersifat teknikal.


Natijahnya.kita mestilah berkejasama antara satu sama lain untuk memartabatkan bahasa melayu da memperkukuhkan bahasa inggeris supaya
negara kita akan maju .Selain itu,perdana menteri juga dapat merealisasikan wawasan 2020 ,bukan hanya fantasi semata mata.kita juga mesti ingat bahawa Bahasa Menunjukkan Bangsa.

No comments:

Post a Comment